Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

WELCOME TO DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY  NETWORK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Reaching Out Making The Difference

NEWS

Keysight Wavelets Beach Clean Up 11.0

PULAU PINANG, 12 Oktober 2024 - Bahagian Jaringan Masyarakat, Sekretariat B.EL.A.S dan pelajar antarabangsa dari IMCC telah menerima jemputan daripada Keysight Wavelets, sebuah kumpulan jaringan dari Keysight Technologies, dalam acara pembersihan pantai "Keysight Wavelets Beach Clean Up 11.0." Penglibatan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan USM sebagai universiti yang mementingkan kelestarian alam sekitar.
Selain daripada Universiti Sains Malaysia (USM), University of Wollongong (UOW) dan INTI International University turut terlibat dalam pembersihan pantai ini. Acara ini melibatkan lebih daripada 100 peserta, termasuk staf Keysight Technologies dan pelajar universiti. Secara keseluruhannya, mereka berjaya mengumpulkan 200KG sampah, yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan 16 tan sisa yang telah dikumpulkan sejak inisiatif oleh Keysights Technologies dimulakan.
Aktiviti pembersihan pantai ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi USM dalam menjalinkan kerjasama dengan industri, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk memupuk rasa tanggungjawab alam sekitar di kalangan generasi akan datang.

Bengkel Penilaian Komuniti Dan Kesan Berantai

Bengkel Penilaian Komuniti dan Kesan Berantai telah diadakan selama dua hari bermula pada 28 Ogos hingga 29 Ogos 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Canselori 2. Bengkel ini diwajibkan kepada penerima geran CE yang berjaya dan turut terbuka kepada staf akademik serta staf bukan akademik.

Bengkel ini memberi fokus kepada mengukur impak projek komuniti yang dibiayai oleh geran CE (Community Engagement). Peserta bengkel dilatih untuk menilai kesan dan keberkesanan projek komuniti yang mereka laksanakan, bukan sahaja dari segi hasil jangka pendek tetapi juga bagaimana projek-projek ini dapat memberi kesan berpanjangan dan berterusan kepada masyarakat.

Selain itu, bengkel ini membantu peserta memahami konsep "kesan berantai" di mana projek yang berjaya bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada komuniti sasaran, tetapi juga mencetuskan perubahan positif yang meluas dan berterusan di peringkat lebih besar. Peserta juga didedahkan kepada teknik penilaian impak sosial, metodologi penyelidikan, dan cara-cara melibatkan komuniti dalam proses penilaian untuk memastikan projek yang dijalankan memberi manfaat sebenar serta mampan.

Majlis Penyerahan kunci rumah cendawan bagi projek tanaman cendawan Volvariella di USM.

Tahniah kepada kumpulan penyelidikan dari PPPJJ yang diketuai oleh Dr. Jacquelina Karimon. Terima kasih Pengarah Bahagian Jaringan Masyarakat, USM, Dr Ainul Mohsein Abdul Mohsin.

USM, TERAJU INTAI PASARAN JEPUN POPULARKAN PRODUK SARAWAK, INISIATIF BERI MANFAAT KEPADA 233 USAHAWAN B40 SARAWAK

PULAU PINANG, 29 Mac 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) yang diberi mandat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melaksanakan program Sustainable Marketing for Community (SMART Community) bagi membawa produk dari Sarawak ke Tokyo dan Nagoya, Jepun.

INOVASI PENGURUSAN & OPERASI TERNAKAN ARNAB BAGI MENGOPTIMAKAN DAN MELESTARIKAN PENGELUARAN PRODUK

Merujuk kepada beberapa gambar petani baharu di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Gambar berikut adalah berdasarkan lawatan pertama ke ladang.
Ramai penternak arnab kini menghadapi dilema untuk meneruskan projek mereka kerana kos operasi yang tinggi terutamanya kos makanan. Selain itu, sangat sukar untuk memasarkan produk dan mendapatkan tenaga kerja.

PERBINCANGAN BERSAMA KETUA PEGAWAI PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Perbincangan bersama pihak MAIK untuk berkolaborasi bersama BJIM USM dalam pelaksanaan Program Yayasan Petronas empower ECER Skill, Training & Entreprenuership Development (YPeSkill)

DISSCUSSION WITH MICRON MEMORY MALAYSIA SDN BHD

A discussion with Micron Memory Malaysia Sdn Bhd was held at USM to discuss possible collaboration in various initiatives including talent acquisition and internship opportunities in the field of manufacturing industry, STEM Program, Diversity Focus Program. . . . 

BENGKEL GURU SIRI 2 DIBAWAH PROGRAM empowerNCER AKADEMIK PULAU PINANG

Telah berlangsung Bengkel Guru Siri 2 yang dilaksanakan oleh pihak pelaksana, Universiti Sains Malaysia (USM). Bengkel pada siri kali ini memfokuskan kepada topik Learning Loss dan Teacher Capacity yang disampaikan oleh School Improvement Specialist Coach (SICS+) JPN Pulau Pinang.


    GALLERY

    INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK


      OUR FUNDERS

      OUR AGENCY & INDUSTRY PARTNERS