Skip to main content

DIVISION OF INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK

Bengkel Penilaian Komuniti Dan Kesan Berantai

Bengkel Penilaian Komuniti dan Kesan Berantai telah diadakan selama dua hari bermula pada 28 Ogos hingga 29 Ogos 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Canselori 2. Bengkel ini diwajibkan kepada penerima geran CE yang berjaya dan turut terbuka kepada staf akademik serta staf bukan akademik.

Bengkel ini memberi fokus kepada mengukur impak projek komuniti yang dibiayai oleh geran CE (Community Engagement). Peserta bengkel dilatih untuk menilai kesan dan keberkesanan projek komuniti yang mereka laksanakan, bukan sahaja dari segi hasil jangka pendek tetapi juga bagaimana projek-projek ini dapat memberi kesan berpanjangan dan berterusan kepada masyarakat.

Selain itu, bengkel ini membantu peserta memahami konsep "kesan berantai" di mana projek yang berjaya bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada komuniti sasaran, tetapi juga mencetuskan perubahan positif yang meluas dan berterusan di peringkat lebih besar. Peserta juga didedahkan kepada teknik penilaian impak sosial, metodologi penyelidikan, dan cara-cara melibatkan komuniti dalam proses penilaian untuk memastikan projek yang dijalankan memberi manfaat sebenar serta mampan.

  • Hits: 7