Keysight Wavelets Beach Clean Up 11.0
PULAU PINANG, 12 Oktober 2024 - Bahagian Jaringan Masyarakat, Sekretariat B.EL.A.S dan pelajar antarabangsa dari IMCC telah menerima jemputan daripada Keysight Wavelets, sebuah kumpulan jaringan dari Keysight Technologies, dalam acara pembersihan pantai "Keysight Wavelets Beach Clean Up 11.0." Penglibatan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan USM sebagai universiti yang mementingkan kelestarian alam sekitar.
Selain daripada Universiti Sains Malaysia (USM), University of Wollongong (UOW) dan INTI International University turut terlibat dalam pembersihan pantai ini. Acara ini melibatkan lebih daripada 100 peserta, termasuk staf Keysight Technologies dan pelajar universiti. Secara keseluruhannya, mereka berjaya mengumpulkan 200KG sampah, yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan 16 tan sisa yang telah dikumpulkan sejak inisiatif oleh Keysights Technologies dimulakan.
Aktiviti pembersihan pantai ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi USM dalam menjalinkan kerjasama dengan industri, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk memupuk rasa tanggungjawab alam sekitar di kalangan generasi akan datang.
- Hits: 6