CEO@Faculty Programme Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
AHLI CEO@FACULTY PROGRAMME KPT YANG TELAH DILANTIK UNTUK TEMPOH
DUA (2) TAHUN BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2025 HINGGA 31 DISEMBER 2026
objektif
Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara akademia dan industri melalui pemadanan CEO terpilih dengan universiti sebagai mentor untuk memberikan nasihat, syarahan, perkongsian ilmu/maklumat serta idea kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan universiti.
Kaedah Pelaksanaan
- Tempoh pelantikan CEO bersama universiti adalah lebih kurang dua (2) tahun.
- Menyumbang masa antara 20 hingga 30 jam dalam tempoh dua (2) tahun pelantikan kepada para pelajar, pensyarah serta kakitangan akademik dalam bentuk:
- Syarahan;
- Perkongsian ilmu;
- Kajian kes;
- Keynote address;
- Melaksanakan program/seminar serta mengendalikan forum;
- Memberikan pandangan dan nasihat selaku perunding dalam kerja-kerja pengurusan universiti;
- Membantu universiti dalam penyelidikan dan inovasi;
- Menerima lawatan sambil belajar dari para pelajar atau fakulti di industri/agensi berkaitan berasaskan kepada kepakaran bidang masing-masing; dan
- Apa-apa aktiviti pembangunan modal insan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Faedah
- Pelajar dan pensyarah daripada setiap fakulti mendapat manfaat daripada perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kepakaran daripada tokoh industri daripada bidang masing-masing.
- Memberi panduan kepada universiti mengenai perkara seperti pembangunan kurikulum dalam memastikan pelajar sentiasa relevan dengan keperluan industri.
- Hits: 137